PERJALANAN HIDUP SEBAGAI SEORANG MURID HARIAN
Saya merupakan anak bongsu dalam keluarga saya yang cukup dimanjakan oleh ibu bapa saya. Nama bapa saya ialah Alagapan. Beliau bekerja sebagai kelinden lori manakala ibu saya ialah suri rumah yang bernama Vasanthi. Saya mempunyai dua abang yang bekerja.
Ibu bapa saya telah menghantar saya ke prasekolah untuk mendapatkan pendidikan sebeum pergi ke SRJK ketika saya berumur 4 tahun sehingga berumur 6 tahun. Kemudian, saya telah dihantar ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) ST. Theresa's Convent untuk belajar dari tahun 1 sampai ke tahun 6. Seterusnya saya melanjutkan pelajaran saya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jambu dan menamatkan SPM saya.
Selama saya mendapat ilmu di sekolah, saya dapat sedar bahawa saya telah mencapai kejayaan dari segi pencapaian prestasi akademik saya secara perlahan-lahan. Saya juga telah menghadapi pelbagai rintangan dari segi masalah kewangan dan masalah mental semasa belajar. Hal ini demikian kerana, dalam keluarga saya hanya bapa yang bekerja untuk memberi ilmu pengetahuan kepada ketiga-tiga anak. Dengan itu, saya juga telah menghadapi masalah mudah lupa sesuatu perkar khususnya pengajaran yang diajar oleh guru saya. Namun demikian, saya dapat memperbaiki kelemahan saya secepat mungkin dan kini saya melanjutkan pelajaran saya di IPGK Ipoh, Perak.
Saya sebagai seorang guru pelatih yang menuntut ilmu di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh di perak berasa amat gembira dan seronok kerana saya telah dipilih untuk sambung belajar di sini. Sistem pembelajaran di sini juga amat baik dan membolehkan saya belajar bersungguh-sungguh. Para pensyarah di IPGK IPOH ini juga mengamalkan pengajaran yang amat baik yang membantu saya dan rakan-rakan saya memahami subjek tertentu dengan sepenuhnnya. Saya turut dapat meluaskan ilmu pengetahuan saya dan mengetahui pengetahuan am selepas menuntut di Institut ini.
Selain itu, asrama di sini juga agak baik kerana ia amat selesa walaupun tidak mempunyai kemudahan-kemudahan tertentu seperti mana yang saya boleh dapat di rumah saya. Senior-senior di sini juga membantu saya dan rakan-rakan saya dalam memperkenalkan cara untuk menguruskan diri serta cara untuk menjaga diri sendiri selama berada di Kampus ini. Saya turut bersyukur dan akan bersyukur lagi kepada tuhan kerana merahmati saya dan menjaga saya sepanjang masa saya berada di sini.
Harapan saya adalah untuk menadi guru pandidikan khas yang cemerlang dan melatih murid-murid pendidikan khas menguruskan diri sendiri dengan baik. Saya juga akan melatih murid-murid pendidikan khas tersebut untuk menjadi insan yang merasakan diri mereka juga sempurna seperti manusia lain yang hidup di duna ini. Kita seharusnya menghormati kelebihan orang lain dan prihatin terhadap kelemaan yang dimiliki oleh orang lain. Jika boleh, kita juga boleh membantu mereka yang kurang yakin dan kurang upaya untuk menjadi seorang insan yang cemerlang dan sempurna dengan memberi nasihat.

No comments:
Post a Comment