Saya akan menjalankan sistem pengajaran yang sistematik yang agak baik supaya membantu murid-murid pendidikan khas memahami dan belajar menguruskan diri sendiri seperti murid-murid yang lain yang belajar di sekolah perdana.
Antara kelemahan diri yang saya telah sedari ialah saya tidak mempunyai keyakinan diri. Hal ini demikian boleh menyebabkan saya menghadapi tekanan sewaktu berhadapan dengan ramai orang terutamanya di atas pentas ataupun di depan murid-murid. Oleh hal yang demikian, saya perlu mencari langkah untuk menyelesaikan masalah ini dengan memotivasikan diri, bercakap di hadapan cermin, membuat persediaan awal dan sentiasa bersedia untuk menerima kesilapan kerana kita perlu belajar daripada kesilapan yang kita lakukan walaupun kesilapan tersebut agak kecil.
Selain itu, saya juga tidak pandai dalam menguruskan masa saya secara bijak. Hal ini adalah kerana saya lebih suka untuk membazirkan masa saya dengan mengamalkan amalan tidur dan mendengar lagu. Oleh hal yang demikian, saya harus merancang masa saya dengan membuat jadual waktu secara sistematik. Dengan itu, saya juga akan mengurangkan masa yang saya meluangkan untuk tidur dan mendengar lagu. Manakala, saya akan membuat perkara atau aktiviti yang memberi manfaat kepada saya seperti membaca buku, membuat senaman dan terlibat dalam aktiviti gotong-royong di sekitar kawasan rumah kediaman kita.
Bagi melahirkan murid-murid yang baik dan cemerlang, setiap guru perlu memainkan peranan mereka dalam menghadapi cabaran tersebut. Selain itu, sebagai seorang guru pendidikan khas, saya akan mengamalkan sistem pengajaran yang sistematik dan berkesan untuk melahirkan murid pendidikan khas yang dapat menguruskan diri mereka dengan sendiri.
No comments:
Post a Comment